RSS
MUZIK DAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

5)

Apresiasi Dalam Pelbagai Genre Muzik.



Lagu beraksi.
-Diikuti dgn pergerakan/aksi mengikut lirik lagu yg dinyanyikan.
-Dapat membantu kanak-kanak mengingati lagu tersebut dan membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.
-Contoh lagu: 
(i) Tanya sama pokok- Omar&Hana
(ii) Knees and toes
(iii) Pak Mamat ada kebun

Lagu rakyat.
-Lagu Berada dlm masyarakat sejak awal. Kadang lagu ini tidak diketahui sumber, siapa penciptanya.
-Contoh lagu:
(i) Anak itik tok wi
(ii) Anak ayam



Lagu permainan.
-Sesuai dan diminati oleh kanak-kanak taska&tadika.
-Lebih mengingati sesuatu dgn melakukan sendiri melalui pergerakan, sentuhan dan pengamatan.
-Lagu jenis ini membolehkan kanak-kanak berinteraksi dgn rakan-rakan lain.
-Contoh lagu:
(i) Enjit-enjit semut
(ii) Si bongkok tiga

Lagu unsur nasihat.
-Lagu yg mempunyai unsur-unsur peringkat, pedoman yg boleh dijadikan panduan hidup.
-Mempunyai nilai-nilai murni, moral dan nasihat.
-Contoh lagu:
(i) Waktu belajar
(ii) Helo

Permainan jari.
-Sesuai utk kanak-kanak peringkat taska&tadika.
-Permainan jari fokus pada pergerakan jari dekat dgn paras mata kanak-kanak.
-Digemari oleh kanak-kanak kerana ia diiringi dgn nyanyian/pertuturan.
-Contoh lagu:
(i) Labah-labah
(ii) Mana ibu jari

Lagu serantau.
-Lagu yg menggunakan bahasa dialek/loghat bahasa asal tempat.
-Jenis lagu ini memperkenalkan sesuatu tempat, budaya sesuatu kaum/negara.
-Contoh lagu:
(i) Wau bulan
(ii) Kei ren lai

Lagu bertema.
-Memenuhi tema tertentu contohnya, tema haiwan, masa dan tumbuh-tumbuhan.
-Contoh lagu:
(i) Kucing saya
(ii) Tujuh hari seminggu

Lagu tradisioanal.
-Dicipta utk menggambarkan kebudayaan dan nilai-nilai bangsa dan negara.
-Dapat memupuk semangat cintakan negara dan membantu kanak-kanak mengetahui dan mengenali identiti kebangsaan.
-Kebnayakan jenis lagu ini berunsur jenaka dan mempunyai nilai dan nasihat.
-Contoh lagu:
(i) Ikan keke
(ii) Lompat si katak lompat

Lagu nasyid kanak-kanak.
-Mempunyai unsur nasihat yg berguna dan menerangkan kpd kanaak-kanak tentang tanggungjawab sbg muslim serta mengajar kanak-kanak mengenal Allah.

Lagu pantun dan puisi kanak-kanak.
-Pantun puisi kanak-kanak menggunakan perkataan yg mudah difahami oleh kanak-kanak.
-Jenis lagu ini berbentuk nasihat.
-Contoh lagu:
(i) Buai laju-laju
(ii) Tepuk amai-amai

Lagu teka-teki.
-Penggunaan bahasa secara kiasan yg memerlukan pembaca memikir utk mencari jawapan.
-Permainan teka-teki ini menggalakkan kanak-kanak berfikir dan mencuba utk menyelesaikan masalah.
-Teka-teki ini biasanya akan dilakukan bg menarik minat kanak-kanak utk belajar.




MUZIK DAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

4)

Elemen-elemen Muzik.
-Penyusunan muzik yg betul diperlukan utk menghasilkan muzik yg berkualiti.
-Muzik yg berkualiti diperlukan dlm pedagogi awal kanak-kanak.
-Muzik yg berkualiti dpt membantu perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.

Unsur-unsur muzik.

Melodi.
-Melodi biasanya dirujuk sbg 'irama lagu'.
-Melodi bergerak dlm tiga arah iaitu:
(i) atas
(ii) bawah
(iii)melintang
-Pengajaran pendidikan awal kanak-kanak boleh membantu kanak-kanak utk menemui konsep melodi melalui aktiviti muzik yg berunsur main.

Ritma.
-Rentak dan nada tetap yg menggerakkan melodi.
-Kanak-kanak dilahirkan dgn kepekaan ritma semulajadi.
-Kanak-kanak mempunyai reaksi yg spontan terhadap ritma muzik.
-Cthnya aktiviti: berjalan, berlari, skip dan melompat.

Tempo.
-Kelajuan relatif lagu.
-Lagu kanak-kanak mempunyai tempo
(i) cepat
(ii) lambat
-Kanak-kanak boleh memahami konsep tempo dgn menyanyi lagu yg biasa kedengaran dgn cepat dan menyanyi sekali dgn lambat.

Harmoni.
-Bunyi yg dihasilkan melalui gabungan ton-ton muzik.
-Di taska/tadika, harmoni lebih sesuai dipersembahkan dgn mempermainkan kord di piano/guitar sbg iringan dan penggayaan kpd melodi.

Bentuk(form).
-Bentuk dlm muzik ialah gabungan dan susunan unsur-unsur muzik yg lain kpd rupa dan struktur yg dapat dikenali.
-Idea bersifat muzik dlm melodi disebut frasa. Konsep-konsep permulaan tentang bentuk melibatkan kanak-kanak terhadap persamaan(pengulangan), keserupaan(variasi) dan perbezaan(kontras) di antara frasa muzik dlm lagu yg kebiasaan kedengaran di taska/tadika.

Notasi.
-Notasi(notation) adalah simbol bertulis yg mewakili pic, jangka masa dan susunan berirama ton muzik.
-Notasi ialah bahasa bertulis utk bunyi muzik.
-Kanak-kanak di taska/tadika mungkin tidak dpt memahami simbol-simbol tertentu dgn sepenuhnya. Namun demikian, mereka dpt memahami dan mengusahakan satu 'gambaran' ciri-ciri tertentu tentang muzik yg dihasilkan dan didengari.
-Kaitan pandang-dengar(audio-visual) begini merupakan pengenalan logik kpd notasi muzik.



LEMBARAN KERJA


MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK



download






SAINS AWAL KANAK-KANAK





download






































MUZIK DAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

3)

Penggunaan Alat Muzik.



Alat-alat perkusi.
-Merupakan kumpulan alat-alat muzik yg dianggap paling tua.
-Perkusi dimainkan sama ada diketuk atau digoncang.



Berpic dan tidak berpic.
-Alat-alat perkusi mempunyai pelbagai ton yg berbeza termasuklah drama yg boleh ditala(tune).
-Perubahan ton bergantung kpd alat tersebut sama ada boleh ditala/tidak.
-Timpani, xylophone, tubular bells dimainkan mengikut pic yg telah ditala(tuned).
-Ianya termasuk juga alat-alat gamelan dan caklempong/taklempong.
-Alat-alat ini ditala dan boleh memainkan melodi-melodi tertentu.
-Gendang silat, rebana, marakas dan kastenets merupakan alat-alat perkusi yg tidak berpic.
-Dalam sesebuah rakaman muzik, kadangkala alat-alat dram juga ditala utk mendapatkan pic bersesuaian dgn gubahan.
-Walaupun ianya boleh ditala tetapi tdk bermelodi.

Pancaragam alat denderang.
-Merupakan aktiviti yg digemari di tadika.
-Merupakan pengantara perasaan yg memikat kanak-kanak dgn serta-merta.
-Alat-alat mudah dimainkan.
-Memudahkan kanak-kanak utk mengambil bahagian.
-Guru harus ingat bahawa pancaragam alat genderang ini ialah sebagai pengantar(alat), bukan tujuan utama utk mengendalikannya.
-Tujuan sebenar adalah muzik.



Tujuan pancaragam.
-Utk memupuk rasa hitma dikalangan umum.
-Mengenali dan menghayati muzik.
-Membina asas yg lebih luas utk aktiviti muzik melalui latihan dlm mendengar dan membaca muzik.

Alat muzik
-Alat sampingan utk buat pancaragam:
(i) Dram sampingan
(ii) Tamborin
(iii) Kerincing
(iv) Kastenet
(v) Dram bass(bass drum)
(vi) Kerincing solo
(vii) Simbal solo
(viii) Simbal antik(indian bells)
-Kanak-kanak perlu mempunyai alat muzik yg bermutu dan mereka seharusnya belajar utk bermain dgn betul supaya dpt memainkan dgn betul.
-Anggapan bahawa kanak-kanak yg berumur 5/6 tahun boleh bermain alat muzik dgn sesuka hati adalah silap.



Pembentukan pancaragam
-Kanak-kanak harus duduk/berdiri dlm kumpulan alat  muzik yg agak padat.
-Setiap kumpulan alat muzik harus berasingan supaya mudah kelihatan oleh pemimpin pancaragam(konduktor).
-Kedudukan sebenar kumpulan bergantung kpd pilihan tetapi kesan yg baik diperoleh dgn meletakkan dram di tengah, tamborin di salah satu bahagian.
-Oleh sbb tamborin berbunyi kuat, lebih baik diletakkannya di sebelah kiri pemimpin pancaragam.
-Pemimpin pancaragam boleh merendahkan bunyi tamborin dengan gerakan tangan kiri.

MUZIK DAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

2)
Konsep Pergerakan Asas & Muzik Dan Pergerakan.
-Bertujuan menjadikan tubuh badan mereka sbg alat utk melakukan pergerakan dgn cara yg berkesan.

Boleh dicapai dgn:
-Mendorong kanak-kanak utk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dgn elemen-elemen.
-Pergerakan (ruang,masa,kuasa)
-Melatih kanak-kanak utk melakukan setiap kemahiran asas dgn betul.
-Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yg dihasilkan.

Konsep pergerakan asas.
-Menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh dilakukan.
-Memudahkan kanak-kanak utk mengetahui dan memahami asas-asas konsep pergerakan tersebut.
-Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan kanak-kanak dgn peluang utk meneroka pergaulan dan membina pemahaman tentang jenis pergerakan badan.

Pergerakan asas.
• Kesedaran ruang.
-Melibatkan lokasi, arah, laluan dan ekstensi:
(i) Lokasi- ruang diri dan ruang am.
(ii) Arah- (atas-bawah), (kiri-kanan), (depan-belakang).
(iii) Laluan- lurus, melengkung, zig-zag.
(iv) Ekstemi- (besar-kecil), (jauh-dekat)
-Menentukan arah pergerakan tubuh badan.
-Dapat mengesan tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya pergerakan.

Kesedaran tubuh badan.
•Elemen asas.
-Gerak laku asas tubuh.
-Aktiviti gerak laku anggota-anggota tubuh.
-Aktiviti serta bentuk-bentuk tubuh badan.

Laluan bahagian tubuh badan.
-Fungsi bahagian tubuh badan- menyokong tubuh badan serta membimbing dan memikul berat badan.

Beban.
-Kelajuan sesuatu pergerakan.
-Kekuatan:
(i) Masa- cepat/lambat.
(ii) Daya- kuat/ringan.
(iii) Aliran- bebas/terikat.

Perhubungan.
-Perhubungan dgn objek dan manusia.
-Objek:
(i) Atas/bawah
(ii) Dekat/jauh
(iii) Keliling/sisi
(iv) Bertemu/berpisah
-Manusia:
(i) Memimpin/terikat
(ii) Berpasangan/berkumpulan
(iii) Solo


MUZIK DAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

1)

Kenapa Muzik Diperkenalkan Untuk Kanak-kanak?
-Muzik merupakan aspek terpenting dan berkesan dlm perkembangan (JERIS) kanak-kanak.
-Pengalaman awal muzik dlm kalangan kanak-kanak adalah satu peringkat yg sangat penting yg boleh membantu kanak-kanak dari segi pembinaan, penukaran dan perkembangan konsep.
-Pada tahap ini, kanak-kanak mengalami perkembangan dlm persepsi multisensori, pengawalan motor, kemahiram penyesuaian masalah, mencipta dan kemahiran menyoal.
-Muzik sering menjadi elemen yg memberi keseronokan dan alat utk meluahkan perasaan bagi kanak-kanak.
-Justeru, dlm topik ini kita akan membincangkan teori-teori perkembangan muzik serta maksud kecerdasan muzik.
-Muzik adalah suatu kesenian yg tertumpu kpd aspek pendengaran/aural.
-Muzik amat digemari secara semulajadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yg berumur 2tahun akan menggoyang-goyangkan badannya mengikut irama muzik yg diperdengarkan. Semua ini adalah merupakan bakti bahawa muzik ini digemari secara semulajadi.
-Kanak-kanak juga akan mendapat banyak faedah apabila kaedah pengajaran muzik ditumpukan kpd pengajaran konsep muzik.
-Kanak-kanak akan memperolehi kemahiran mendengar yg kritikal apabila menikmati bunyi muzik, disamping memperoleh kemahiran muzik.
-Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga orang ahli dan pendidik muzik.
-Mereka ialah Emili Dalcroze dari Switzerland, Carl Off dari Jerman dan Zoltan Kodaly dari Hunggary.


Emili Dalcroze dari Switzerland

Carl Off dari Jerman

Zoltan Kodaly dari Hunggary

-Berdasarkan idea-idea muzik yg ditemui dinegara mereka masing-masing ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia.
-Disebabkan idea-idea yg mereka beroleh mempunyai kaitan dgn budaya dan konteks negara mereka sendiri, maka ia telah menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori mereka berbeza.




5) PERTOLONGAN CEMAS

PERTOLONGAN CEMAS

-Pertongan cemas merupakan rawatan awal untuk mereka yang cedera atau sakit

-Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang 
 yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa apabila berlaku sesuatu 
 kemalangan ataupun kecederaan.

MENGAPAKAH KEMALANGAN BERLAKU???

-Kelalaian dan kecuaian
-Kejahilan
-Kepentan
-Keadaan persekitaran yang boleh mengancam kesihatan

PERANCANGAN BANTUAN KECEMASAN

1) Kenalpasti kanak kanak yang mempunyai masalah kesihatan
2) Dapatkan borang persetujuan daripada ibubapa
3) Alat pertolongan cemas-peti pertolongan cemas
4) Mendapatkan latihan pertolongan cemas daripada pihak yang tertentu

PRINSIP PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS

1) Menyelamatkan mangsa
2) Mengelakkan komplikasi
3) Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan
    bantuan secepat mungkin

LATIHAN KECEMASAN PERLU DIBUAT SEKURANG KURANGNYA 2 KALI SETAHUN

Contohnya latihan kebakaran yang mana prosedur-prosedur tertentu perlu diikuti :

a) Pastikan kawasan lapang yang agak jauh di luar bangunan untuk
    kanak kanak berkumpul
b) Sediakan pelan arah laluan ke tempat tersebut
c) Kanak kanak dilatih mengikut laluan dan bergerak secara tenang jika berlaku 
    kecemasan.

MATLAMAT PERTOLONGAN CEMAS

-Menyelamtkan nyawa pesakit
-Mengawal Pendarahan
-Membantu keadaan yang melibatkan nyawa
-Menjadikan mangsa lebih selesa








1) PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK

PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK PENGENALAN Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan ialah : ...