1) PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK



PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK

PENGENALAN

Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan ialah :
  
Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan ialah dasar yang komprehensif
bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak kanak dari lahir hingga
4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak kanak berlandaskan 
acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada dasar pendidikan
kebangsaan sedia ada.

DEFINISI PENJAGAAN DAN ASUHAN
PENJAGAAN :

-Penjagaan adalah hasil perbuatan yang berkait dengan peranan menjaga yang

-Membimbing perkembangan kognitif
 dilakukan oleh penjaga

ASUHAN :

 -Mendidik, peliharaan, penjagaan, tunjuk ajar dan bimbingan

PENJAGAAN BERKUALITI

- Pengasuh dan pendidik mempunyai ilmu dan kemahira
- Ruang pembelajaran yang selamat dan kondusif
- Pendekatan berdasarkan kurikulum yang dilaksanakan oleh kementerian
- Penglibatan ibu bapa dalam program dan aktiviti

ANTARA PERKARA PENJAGAAN DAN PENGASUHAN YANG BERKUALITI

-Memastikan pewujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian
 keberkesanan program asuhan dan didikan awal kanak kanak
-Menggalakkan kanak kanak di bawah 4 tahun mendapat asuahan dan didikan yang 
 berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut 
 kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani 
 dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan 

KEPENTINGAN

- Melahirkan kanak kanak yang pembentukan modal insan berkualiti
  dan mencegah masalah sosial
- Meningkatkan daya saing bermula dari usia kecil sehingga dewasa
- Peningkatan peranan semua pihak
- Memastikan potensi intelek, kerohanian/moral, sosioemosi, bahasa dan
  komunikasi, estetika dan kreativiti serta jasmani mereka dapat 
  dikenalpasti dan diperkembangkan hingga ke tahap optimun

0 comments:

Catat Ulasan

1) PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK

PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK PENGENALAN Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan ialah : ...