By
DUNIA KANAK-KANAK
on Rabu, 24 Oktober 2018
Labels:
Matematik Awal Kanak-kanak
1) OPERASI NOMBOR
Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-). Konsep asas bagi operasi tambah ialah proses dan himpunan yang disatukan menjadi jumlah tertentu. Manakala konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya.
Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah :
• Membilang - berdasarkan 4 prinsip membilang secara rasional
• Pengalaman konkrit - operasi dimulakan dengan bahan maujud
• Konteks penyelesaian masalah - satu situasi penyelesaian masalah diberi
• Penggunaan bahasa yang betul - bahasa yang betul perlu digunakan supaya operasi itu lebih bermakna
(a) Operasi Tambah
Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.
Contoh :
• Menggunakan objek konkrit
• Menggunakan bahasa yang betul.
Tiga tambah lima sama dengan lapan.
+ =
• Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.
• Menggunakan simbol untuk mewakili operasi teraebut
3 + 5 = 8
(b) Operasi Tolak
Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengeryian seperti berikut :-
• Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal
1) PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK
PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK PENGENALAN Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan ialah : ...
0 comments:
Catat Ulasan