2) PENGUKURAN

   Satu nombor diberikan kepada ciri (contohnya panjang, berat, luas, isipadu, suhu dan masa) sesuatu objek atau peristiwa. Kebolehan mengukur terbentuk daripada pengalaman, pengelasan, perbandingan dan turutan.

Dua jenis ini boleh digunakan dalam pengukuran iaitu : 
     
 • Arbitrari - contohnya : jengkal, klip kertas, tapak kaki, langkah 
     
 • Unit piawai seperti : 
               
Sentimeter - panjang 
                 
Liter - isipadu 
               
 Kilogram - berat 
                 
Meter persegi - luas 
                 
Darjah celcius - suhu 
                 
Meter padu - isipadu

Terdapat beberapa peringkat untuk mengajar pengukuran iaitu :

• Mengenalpasti ciri dengan membandingkan objek secara :

• Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian, bandingkan objek dengan unit yang dipilih.

• Cari bilangan unit seperti :

- Persepsi = perbandingan persepsi tentang panjang (bandingkan dua objek yang mana lebih panjang atau adakah ia sama panjang)

- Secara langsung = guru menyediakan beberapa bahan konkrit seperti klip lertas, krayon, paku tekan dan lain-lain. Kemudian, ukur secara terus dan buat perbandingan.

- Secara tidak langsung = berasaskan sesuatu rujukan, murid menggunakan tali untuk mengukur bahan panjang. Tali bertindak sebagai bahan pengukur.

• Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan objek dengan unit yang dipilih.

• Cari bilangan unit seperti :

- Membilang menggunakan instrumen tertentu seperti pembaris, jangka suhu, penimbang dan kalendar

- Menggunakan rumus (formula)

0 comments:

Catat Ulasan

1) PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK

PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK PENGENALAN Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan ialah : ...