KEMAHIRAN PROSES SAINS

KEMAHIRAN PROSES SAINS 


         Konsep adalah blok binaan pengetahuan. Konsep bermula dari peringkat bayi iaitu bayi melihat, menyentuh, merasa, menghidu dan mendengar. Bayi meneroka alam sekitar melalui deria mereka. Mereka berminat mengetahui sesuatu yang berhubung dengan persekitaran mereka. Kemahiran proses sains meliputi kaedah atau cara mencari penerangan yang rasional berhubung fenomena alam semula jadi. Mengikut Gagne (1937) proses sains adalah asas inkuiri saintifik. Keupayaan menggunakan setiap proses sains bergantung kepada kemampuan mengusai kemahiran proses sains yang lebih mudah. Ciri-ciri utama bagi proses sains adalah;

  • Setiap proses sains adalah tingkah laku yang dapat dipelajari dan dikuasai kanak-kanak
  • Setiap proses melibatkan kemahiran intelek spesifik dan boleh digunakan bagi memahami fenomena
  • Proses sains dapat digunakan dalam mempelajari isi kandungan sains dan menyumbang ke arah pembangunan pemikiran rasional.
      Kemahiran proses sains membantu kanak-kanak memproses maklumat baru melalui pengalaman konkrit. Antara strategi yang dicadangkan oleh National Science Education Standards (Lind,200) bagi melibatkan kanak-kanak secara aktif dalam pencarian pengetahuan adalah:


  • Guru perlu sentiasa bertanya soalan berhubung objek, organisma dan fenomena dalam alam sekitar dan menggalakkan kanak-kanak mencari jawapan melalui pemerhatian dan penyiasatan.
  • Rancang dan laksanakan eksperimen ringkas untuk kanak-kanak lebih mudah mencari jawapan dari persoalan mereka
  • Guru boleh menggunakan alat-alat dan radas yang mudah bagi mengumpul data dan manfaatkan sepenuhnya lima deria.
  • Data digunakan bagi mencadangkan penjelasan yang logikal
  • Penjelasan yang dijana daripada data yang dikumpulkan melalui pemerhatian, pengukuran dan bacaan perlu dihebahkan dan dibincangkan bersama dengan guru dan rakan-rakan.

     Kemahiran-kemahiran yang disenaraikan dalam aspek perkembangan kognitif kurikulum prasekolah yang relevan dengan kemahiran proses sains adalah memerhati, mengelas, membilang, membuat inferens, ramalan dan komunikasi. Kemahiran proses sains ini dapat dikembangkan melalui
pelbagai aktiviti antaranya ialah permainan air, permainan pasir, aktiviti yang melibatkan bahan-bahan sentuhan, aktiviti pendengaran, manik-manik berwarna dan aktiviti rasa dan bau.
           

0 comments:

Catat Ulasan

1) PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK

PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK PENGENALAN Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan ialah : ...