INKUIRI

Definisi inkuiri adalah proses mecari kebenaran, maklumat atau pengetahuan melalui kaedah penyoalan. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan meyiasat sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling. Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak mempelajari kemahiran inkuiri apabila mereka bertanya soalan, meneroka dan menyiasat, menggunakan alat dan deria untuk mengumpul maklumat, membuatkan penjelasan yang munasabah dan menunjukkan hasil pembelajaran dalam bentuk tulisan, binaan, lukisan, lakonan dan bercerita.

Antara ciri-ciri pengajaran sains berteraskan inkuiri ialah:

  • Masa diberi untuk kanak-kanak membuat kesilapan, merenung, menyoal serta berkongsi idea dan pendapat.
  • Mempuyai matlamat jangka pendek dan panjang.
  • Memberi perhatian serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan.
  • Memilih bahan P&P yang dapat diguna atau dikitar semula.
  • Menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam membuat inkuiri dan penemuan.
  • Menghormati persekitaran yang dipelajari.
  • Menjadikan soalan sebagai pencetus perbincangan.
  • Menyesuaikan dan memadankan pengetahuan sains bagi memenuhi minat, pengetahuan dan perkembangan kanak-kanak.


Strategi kearah pembelajar inkuiri-penemuan 

  1. Penyoalan 
  2. Pembincangan
  3. Tunjuk cara
  4. Eksperimen
  5. Pembelajaran kolaboratif

0 comments:

Catat Ulasan

1) PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK

PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK PENGENALAN Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan ialah : ...