1)Masalah-masalah dalam menguasai kemahiran membaca.
2)faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca.
3)Kaedah pendekatan/teknik membaca untuk pendidikan awal kanak-kanak.
4)Kaedah pendekatan/teknik membaca untuk pelajar.
5)Peringkat kefahaman untuk pendidikan awal kanak-kanak.
PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
- Prabacaan
- Bacaan mekanis
- Bacaan mentalis
- Bacaan intensif
- Bacaan ektensif/meluas
- Skimming
- Scanning
PRABACAAN
Tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa iaitu mengenal dan mengecam huruf. Membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.
BACAAN MEKANIS
Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bacaan ini terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.
BACAAN EKTENSIF
Menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.
SKIMMING
Melibatkan pembacaan sepintas lalu dan cepat untuk mendapatkan kesan keseluruhan dan umum. Teknik membaca dengan kecekapan tinggi untuk mencari isi-isi penting atau idea utama.
SCANNING
Satu teknik membaca cepat untuk mendapatkan suatu informasi tanpa membaca. Menggerakkan mata secara cepat melihat keseluruhan bahan bacaan, pembaca tidak memahami makna tetapi hanya menumpukan apa yang dicari.
MASALAH DALAM MENGUASAI MEMBACA
- MEMBUANG/ MENINGGALKAN (OMMISION)- Bunyi huruf, perkataan dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca misalnya "buah"disebut "uah", "kering"disebut "kerin".
- ULANGAN (REPITITION)- Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.
- GANTIAN (SUBSTITUTE)- Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, mislnya "ladang"disebut "lalang". Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga bolh mengubah maksud ayat.
- TAMBAHAN (INSERTION)- Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca. Contohnya, "masuk ke dalam"jadi "masuklah ke dalam" dan "basuh"jadi "membasuh".
- PEMBALIKAN (REVERSALS)- "Bala"disebut "laba",manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh:"Dia makan nasi"dibaca sebagai"dia nasi makan", dan begitu juga dengan pembalikan frasa.
0 comments:
Catat Ulasan