GURU MENJADI CONTOH
- Guru perlu galakkan dengan mendengar dan memberikan respon yang sesuai.
- Guru membantu kanak-kanak menggunakan ayat-ayat mudah dan bertutur dengan tahap kelajuan yang sesuai.
- Ketika bertutur, guru perlu boleh menjadi suri teladan kanak-kanakdengan:
- Menghadap muka kepada kanak-kanak ketiak bertutur
- Bertentang mata
- Mendengar apa yang diujarkan oleh kanak-kanak
Cara penyampaian cerita:
Sebutan baku ketika membaca lantang. Sebutan buku Bahasa Melayu ialah sebutan berdasarkan ejaan. Guru perlulah memberiakn contoh membaca secara lantang dengan sebutan baku. Dengan demikian. kanak-kanak dapat menggunakan sebutan huruf dan suku kata dalam perkataan-perkataan yang dibaca secara lantang.
PENDEKATAN MEMBACA BERSAMA (Sared Book Aproach) SBA
- Menggunakan buku besar.
- Matlamat SBA menggalakkan kanak-kanak menggunakan bahasa melayu. Ajar dan kukuhkan kemahiran berbahasa melayu
- Langkah SBA :
- Kenalkan tema dan konsep big book melalui perbincangan
- Kenalkan buku ilustrasi pada kulit buku, tajuk buku.
- Guru membaca buku sekali lagi tanpa henti sekiranya ada pertanyaan, guru bolehlah memberikan respon ringkkas agar bacaan yidak terganggu.
INTERAKSI DAN BERCERITA
Langkah interaksi dan bercerita:
- Ajak kanak-kanak interaksi tentang ilustrsi buku dan halaman
- Guru bercerita berdasarkan plot tanpa membaca teks yang tercetak.guna teknik drama, intonasi dan kesan bunyi.
- Baca buku tersebut berulang kali dan memberi peluang soal jawab berkaitan dengan buku dan cerita tersebut.
NYANYIAN
- Pilihlah lagu yang mengandungi banyak ulanagan lirik dan melodi yang mudah dipelajari.
- Kaitkan lagu dengan pergerakan badan yang sesuai
- Nyanyikan atau perdengakan berulang kali sebelum mengajak kanak-kanak bernyanyi sambil melakukan aksi yang sesuai.
BERMAIN
- Bermain ialah salah satu jentera yang akan mendorong kanak-kanak untuk menggunakan bahasa.
- Bermain dikaitkan dengan keseronokan dan perasaan tidak terancam yang menjadi perangsang utama untuk kanak-kanak menggunakan bahasa.
0 comments:
Catat Ulasan