TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

FAHAMAN KONSTRUKTIVIS

   Seseorang itu membina atau construct  sendiri realitinya berdasarkan pemerhatian, corak penaakulan dan cara refleksi tersendiri. Pandangan konstruktivis ini adalah sangat terpengaruh dalam bidang pendidikan masa kini. Menurut Von Glaserfeld (1989), beliau melaporkan "secara perbandingan, insan yang mengetahui hanya mengetahui apa yang sudah dia bina". Fahaman konstruktivis adalah pengetahuan yang tidak dipindahkan kedalam minda kanak-kanak secara total tetapi ia membina makna daripada perkataan atau imej yang dilihat atau di dengar oleh kanak-kanak.

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS

TEORI PERKEMBANGAN  SOSIAL - Vygotsky



   Lev Vygotsky (1896-1934) menyatakan "setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dua kali iaitu pertama pada aras sosial dan kemudian pada aras individu iaitu bermula antara manusia (interpsikologi) dan kemudian dalam diri kanak-kanak (intrapsikologi) semua aras tinggi berpunca daripada berhubungan sebenar antara individu. Aspek kedua berkenaan teori berkembangan sosial oleh Vygotsky adalah zon perkembangan terdekat ataupun 'zone of proximal development'. Terdapat dua paras iaitu paras perkembangan sebenar atau exactual develoment  iaitu paras yang dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendiri dan paras yang lebih tinggi adalah paras yang seseorang berpontensi mencapai suatu apabila mendapat bimbingan daripada pihak yang lebihan berkebolehan atau disebut pontential develoment. Jarak diantara dua paras itu sebagai 'zone of proximal develoment' .



TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -Jean Piaget



    Jean Piaget (1896-1980), kognisi seseorang individu normal perkembang dan memenuhi fungsinya seperti mana sistem-sistem biologi lain seperti respiratori, sistem pembiakan dan lain-lain. Menurut piaget terdapat empat peringkat perkembangn kognitif iaitu:


  • Sensorimotor ( 0 - 2 tahun, kecerdasan adalah dalam bentuk tindakan motor) 
  • Operasi pra (3 - 7 tahun, kecerdasan bersifat intuitif)
  • Operasi konkrit (8 - 11 tahun, kecerdasan adalah secara logik tetapi bergantung pada rujukan konkrit iaitu bahan maujud)
  • Operasi formal ( Pemikiran melibatkan abstraksi)  


    Menurut Piaget lagi, manusia mempunyai kebolehan sedia ada bagi mengurangkan konflik dan kembali kepada keadaan yang seimbang melalui proses yang dikenali sebagai ekuilibrasi.

0 comments:

Catat Ulasan

1) PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK

PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK PENGENALAN Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan ialah : ...