sains prasekolah

           Sains bagi kanak-kanak adalah cara kanak-kanak menerangkan dunia mereka iaitu melalui ramalan, pemerhatian dan kesimpulan. Kanak-kanak akan mula belajar apabila mereka berminat dengan sesuatu aktivivti, mendapat galakan dan sokongan untuk melakukan aktiviti, terlibat dengan aktiviti hands-on dan terlibat dengan aktiviti yang boleh dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada mereka.

CIRI-CIRI PROGRAM SAINS YANG BAIK


  • Kanak-kanak digalakan bertanya berkaitan alam semula jadi.
  • Melakukan aktiviti hands-on dan minds-on.
  • Kanak-kanak belajar mencari jawapan sendiri.
  • Kanak-kanak diberi peluang menguasai sesuatu kemahiran.
  • Belajar sains setiap hari.
  • Belajar dalam kumpulan.


PENDEKATAN PENGAJARAN 


  1. Melalui aktiviti hands-on yang mengembirakan.
  2. Pembelajaran dan pengajaran tidak terikat dengan alatan canggih.
  3. Melalui aktiviti perbincangan.


PENGALAMAN PEMBELAJARAN SAINS

      Terdapat empat kriteria yang menentukan pengalaman pembelajaran sains iaitu:


  • Pergerakkan atau aktiviti dimulakan oleh kanak-kanak.
  • Kanak-kanak bebas menukar aktiviti yang dilakukan.
  • Tindak balas yang berlaku dapat diperhatikan.
  • Tindak balas berlaku dengan segera.


PERANAN GURU

     Proses pengajaran dan pembelajar sains yang berkesan memerlukan guru yang memain peranan berikut;


  • Guru sebagai pemangkin ( Guru yang menentukan kegembiraan dalam penerokaan mencari pengetahuan)
  • Guru sebagai pakar rujuk (Guru perlu mendengar dengan teliti dan menjawab soalan daripada kanak-kanak ketika menjalankan aktiviti. Guru juga perlu memberi maklumat yang cukup dan memberi bimbingan bukannya arahan kepada kanak-kanak)
  • Guru sebagai fasilitator (Guru merancang, mengumpul bahan, dan mencuba dahulu aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan bersama kanak-kanak)
  • Guru sebagai model ( Guru perlu menunjukkan ciri dan teladan yang baik)

0 comments:

Catat Ulasan

1) PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK

PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK PENGENALAN Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan ialah : ...