Menurut Abruscato(1982), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapat maklumat berhubung alam semula jadi. Sains juga adalah pengetahuan yang diperoleh melalui aplikasi proses saintifik. Ia melibatkan nilai-nilai bagi menentukan aplikasi pengetahuan saintifik.
SAINS SEBAGAI BIDANG ILMU
Sains membekalkan rangka konsep bagi memboleh kanak-kanak memahami alam sekeliling. Ilmu pengetahuan sains ini menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak dibantu memhubungkan fakta dan konsep, dan mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. Konsep-konsep yang sesuai diketengahkan di peringkat pra sekolah adalah;
- ORGANISASI (Kanak-kanak memerhati alam sekeliling dan membuat pengelasan mengikut kategori yang mereka sendiri tentukan)
- PERUBAHAN (Kanak-kanak perlu digalakkan untuk melihat perubahan yang berlaku disekelilingnya sama ada berubah dengan cepat atau lambat)
- KEPELBAGAIAN (Kanak-kanak perlu didedahkan dengan aktiviti hands-on untuk memberi kesedaran yang luas tentang kepelbagaian objek disekelilingnya)
SAINS SEBAGAI PROSES
Sains adalah cara pemikiran, cara melihat alam sekeliling. Sains juga dapat dilihat sebagai suatu kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Program pendidikan sains prasekolah memberi peluang kepada kanak-kanak intuk menguasai kemhiran saintifik yang terbahagi kepada dua iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Antara kemahiran proses sains di pra sekolah adalah:
- Membuat pemerhatian
- Membuat perbandingan
- Mengelas
- Mengukur, menganggar dan mengunakan nombor
- Berkomunikasi
- Meramal
- Membuat inferens
- Menggunakan perhubungan ruang dan masa
- Mentafsir maklumat
- Mendefinisikan secara operasi
- Mengawal pemboleh ubah
- Membina hipotesis
- Menjalankan eksperimen
SAINS SEBAGAI NILAI DAN SIKAP
- Sains memerlukan seseorang bersikap skeptical supaya kesimpulan yang dibuat dapat diubah suai atau ditukar dengan adanya penemuan-penemuan baru.
- Sentiasa mempunyai sikap ingin tahu atau curiousity berhubung sifat alam semula jadi.
- Bekerjasama
- Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
- Mempunyai sikap bertanggungjawab keatas diri sendiri, rakan-rakan serta alam sekitar.
- Menghormati alam sekitar dan kehidupan sekeliling.
0 comments:
Catat Ulasan