By
DUNIA KANAK-KANAK
on Khamis, 25 Oktober 2018
Labels:
Matematik Awal Kanak-kanak
3) KONSEP MASA
Masa adalah satu konse yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi. Turutan peristiwa seperti akhir, pertama, selepas, sebelum dan di antara menunjukkan idea kedudukan seperti pertama, kedua dan ketiga. Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu :
• Tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku)
• Waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku)
Unit arbitrari untuk pengukuran masa seperti ayunan bendul, titisan air, denyutan jantung dan jam pasir. Unit formal bagi pengukuran masa pula seperti jam, hari, minggu, bulan dan tahun.
Empat pengalaman utama yang berkaitan dengan masa adalah :
Tempoh Masa
-Pengalaman Satu- (Memulakan dan menghentikan sesuatu melalui isyarat :
Contoh :
• apabila muzik dimainkan, murid mula bertepuk tangan dan berhenti apabila muzik dihentilan.
• kerusi berirama
• statute dance
-Pengalaman Dua- (Melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar pergerakan.
Contoh : Pantas , Lambat
• Berjalan pantas
• Berlari dengan perlahan
-Pengalaman Tiga- (Membuat perbandingan mengikut sela masa)
Contoh :
• Masa yang diambil untuk memenuhkan sesuatu bekas dengan ait atau pasir
• Kadar denyutan nadi dalam satu minit
Turutan
-Pengalaman Empat- (Menjangka, mengingat, dan menerangkan turutan peristiwa tertentu)
Contoh :
• Dari bayi kepada kanak-kanak kemudian remaja dan dewasa
• Kitaran hidup rama-rama
• Kitaran hidup katak
• Rutin harian
• Cara-cara membuat sandwich
1) PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK
PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK PENGENALAN Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan ialah : ...
0 comments:
Catat Ulasan