KONSEP MATEMATIK

   Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran / kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor .
 
   Menurut Nor'aini Binti Tahir dalam bukunya, "Pembelajaran Kognitif dan Pembelajaran Kanak-Kanak" , matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya bergikir secara manyik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran.

    Berdasarkan NAEYC pula, matematik bermula dengan penerokaan bahan seperti membuat binaan blok-blok, pasir dan air. Pembelajaran matematik disepadukan dengan sains, sains sosial, kesihatan dan bidang-bidang lain. Selain itu, program matematik seharusnya membolehkan kanak-kanak menggunakan matematik sebagai alat untuk meneroka, mencari penemuan batu dan menyelesaikan masalah.

     Kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan seharian. Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti warna, saiz, dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka.

     Menurut Jean Piaget, setiap kanak-kanak normal berupaya memahami matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diverikan menarik perhatian mereka. Matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak

0 comments:

Catat Ulasan

1) PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK

PENGENALAN KONSEP PENJAGAAN DAN ASUHAN AWAL KANAK KANAK PENGENALAN Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan ialah : ...